Friday, 16 October 2015

Tips Panduan Dropshipper

 
TIP DROPSHIPPER

Pertama sekali kena berdikari dan gunakan peluang yang ada dengan mempromosikan produk di fb, fanpage, atau blog jika ada
Latih tubi promosi gaya kita sendiri. Jangan malu untuk memulakan sesuatu. Jika tiada yang mahu beli teruskan juga promosi. Konsisten lakukan promosi sehingga ada yang menyedari bahawa kita ada menjual produk tersebut.
Tambah ilmu, sekarang sangat banyak yang percuma mahupun yang berbayar. Tambah ilmu dengan baca dan belajar dari otai yang selalu post status tentang bisnes
Biasakan diri dengan melayan karenah pelanggan. Jawab pertanyaan dengan santai dan jujur. Bagitahu terma dan syarat pembelian awal-awal supaya pelanggan jelas sebelum membeli.
Follow up selepas penghantaran produk, tanya feedback, buku sudah smpai atau belum, follow up status penghantaran buku di laman pos laju
Iringi setiap perbualan dengan ucapan terima kasih, mohon maaf dari pihak kita jika ada sebarang masalah, dan sentiasa letakkan smile icon di setiap perbualan
Jom belajar lebih banyak tip dan belajar menjana pendapatan melalui dropship buku
Saya mencari agen dropship yang serius mahu bermula, dan mahu dibimbing.
 
 
 
Boleh daftar terus disini:  http://norulbadri.blogspot.my/p/pendaftaran-agen-dropship.html
Nak beli buku disini : http://norulbadri.blogspot.my/p/borang-tempahan_2.html 
Call/Sms/whatsapp : 019-3615776
Email : norulbadridaud@gmail.com
 
 
 

Thursday, 1 October 2015

Hikmah Dari Sebuah Aduan

Pengalaman penulis.

Hikmah dari sebuah aduan.
.
.

Pelanggan yang membatalkan pesanan di saat akhir adalah suatu yang memang mendukacitakan.
Sepanjang saya menjalankan bisnes menjual dadih. Saya pernah dikecewakan sebanyak 3 kali.
Bukan sedikit pesanan yang dibuat. Melebihi 300 bekas. Bukan sedikit modal terpaksa dikeluarkan.
Memang kecewa yang teramat sangat. Modal pun tak pulang. Rugi sudah pasti !
Satu ketika. Seorang pelanggan membuat pesanan dadih sebanyak 300 cawan.
Sehari sebelum menghantar dadih. Saya hubungi pelanggan itu namun tidak dijawab. Sms pun tidak dibalas.
Saya sudah merasa tidak senang hati kerana bayaran belum dibuat.
Hinggalah hari dimana saya perlu menghantar dadih itu. Masih tiada jawapan daripada pelanggan.
Saya sudah tidak keruan. Tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Sesudah melaksanakan solat sunat Dhuha. Saya mengadu kepada Allah, nasib yang menimpa.
Usai solat. Saya nekad untuk sedekah sahaja dadih itu kepada sebuah madrasah tahfiz yang terletak tidak jauh dari rumah.
Saya isikan kesemua dadih ke dalam Kancil kesayangan saya.
Terus menuju ke madrasah. Dari jauh kelihatan beberapa khemah didirikan.
Sebaik tiba. Mudir yang sedang bersembang dengan ibu bapa pelajar terus menerpa saya.
"Ya Allah, saudara. Saya tengah susah hati fikir nak dapatkan juadah untuk program petang ini. Katering saat akhir maklumkan tak dapat buat. Saudara ada dadih tak untuk ganti kuih-muih?"
Saya ternganga.
Namun saya jelaskan yang saya telah berniat untuk sedekah saja dadih yang ada.
"Tak apa, niat saudara insyaAllah Allah terima, tapi saya juga telah berniat, kalau ada siapa yang boleh tolong sediakan juadah petang ini, saya niat untuk bagi hadiah, nak bagi sedekah." Ustaz menjelaskan hajatnya.
Dadih diserahkan. Dan saya mendapat bayaran yang lebih dari sepatutnya.
Selesai.
Petang itu, kami telah merancang untuk pergi kenduri sahabat. Setelah semuanya bersiap, kami terus bertolak.
Di pertengahan jalan. Barulah kami sedar, 2 orang anak kami yang masih kecil, hanya memakai selipar jepun.
Isteri saya naik berang. Saya tidak bercakap apa-apa. Hanya memberi tumpuan kepada pemanduan.
Sebaik tiba di rumah pengantin. Kami semua serba-salah. Kawasan jalan hendak ke rumah pengantin digenangi air. Berlopak. Walapun pihak tuan rumah telah meletakkan kayu dan batu. Namun, air tetap melimpah.
Beberapa orang tetamu yang baru hadir dan ada yang menghala untuk pulang, semuanya terpaksa membuka kasut masing-masing, bimbang tenggelam dalam air lopak dan berselut.
Dua orang anak saya terus berjalan dengan selipar jepun yang dipakai.
Sebaik menikmati juadah. Kami terus memohon diri untuk pulang. Sahabat saya meminta saya untuk tunggu sebentar.
Rupanya dia telah membungkus makanan dan lauk-pauk kenduri.
Memang banyak.
Rupanya, disebabkan hujan lebat dan banyak tempat ada majlis kenduri, maka majlis kenduri sahabat saya kurang tetamu yang hadir.
Maka, banyak lagi makanan yang berbaki.
Saya pulang dengan seribu kesyukuran. Dan segala hikmah yang diperolehi.
Kita merancang tetapi Allah merancang yang terbaik untuk hamba NYA.
# Buku Aku, Dia & Rezeki.




Buku Aku, Dia & Rezeki
Terdapat 178 kisah menarik didalamnya
RM25 + RM7 pos Semenanjung.
Buku Aku Dia & Rezeki Ada 178 kisah menarik di dalamnya RM25 + RM7 postage semenanjung

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Buku Aku Dia & Rezeki Ada 178 kisah menarik di dalamnya RM25 + RM7 postage semenanjung

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Buku Aku Dia & Rezeki Ada 178 kisah menarik di dalamnya RM25 + RM7 postage semenanjung

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu


Buku Aku Dia & Rezeki Ada 178 kisah menarik di dalamnya RM25 + RM7 postage semenanjung

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Wednesday, 23 September 2015

Hari Raya Aidiladha 1436H

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah. 


Salam petang Rabu.
Esok adalah cuti umum Hari Raya Aidiladha 1436H yang jatuh pada hari Khamis bersamaan 24hb September 2015. Dikesempatan ini saya dengan rendah hati ingin mohon ampun maaf segala kekhilafan, kekurangan dan kelemahan dalam perkongsian ilmu samada di muka buku atau blog saya ni. Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan. Terima kasih tak terhingga untuk kalian yang sudi. 

Ada yang pulang ke kampung halaman ke? Saya doakan semoga perjalanan pulang dan kembali sahabat semua dilindungi Allah selalu. 

Oh ya, jika ada pertanyaan mengenai pembelian buku atau dropship boleh terus whatsapp saya ye. Cuti-cuti raya macam ni memang tak sempat lah nak  buka muka buku atau blog ni.

Salam kasih sayang.
Norul Badri Daud
Pengurus Online Abdr
Email: norulbadridaud@gmail.com
sms/whatsapp: 019-3615776
 

Friday, 18 September 2015

BISNES DROPSHIP BUKU

Nak mula bisnes tapi kekurangan modal?
Jangan risau. Belajar dulu dengan dropship.
.

.
Ada yang berminat untuk belajar mula bisnes online, dengan dropship buku dan bahan bacaan.
.
.

.

[BISNES DROPSHIP]

* Belajar berjualan produk fizikal buku dan bahan bacaan
* Keuntungan memang agak ciput, tapi ramai yang daftar agen sudah berjaya balik modal.
* Belajar macam mana kita nak dapat RM2, RM3, RM5, RM10 dan seterusnya
* Yuran komitmen disediakan untuk mencari agen yang serius nak belajar berjualan, komited dan sanggup memberi komitmen
* Bahan promosi dan bahan jualan disediakan. Hanya perlu daftar, belajar bagaimana bermula, dan boleh terus berjualan



Berminat boleh hubungi saya melalui cara dibawah ye
sms/wassap: 019-3615776
email: norulbadridaud@gmail.com
https://www.facebook.com/norulbadri.daud

Buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan

"Sejak saya berhenti kerja, saya dihujani dengan kesusahan yang datang silih berganti. Segala usaha tidak menjadi. Fikiran semakin kusut. Apa sebenarnya yang Allah sedang aturkan? Persoalan yang tiada jawapan ketika itu membuatkan saya semakin cemas dan tiada harapan"

Namun, di sisi Allah kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan saya. Akhirnya saya bertemu jawapan dalam memahami dan menyakini kebenaran janji Allah bahawa sungguh bersama kesusahan ada kesenangan. Itulah yang saya mahu kongsikan" Era Adlina -



Benarlah jika kita benar-benar meletakkan diri kita sebagai hamba Allah dan berdoa “Ya Allah saya serahkan urusan ini kepada-Mu kerana Engkaulah sebaik-baik perancang. 

Tiada daya dan kekuatan kecuali dariMu Ya Allah” dan mengikut formula yang Allah gariskan untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hambaNya sebagaimana yang Allah suka maka Allah pasti tidak akan pernah sia-siakan hajat dan permintaan hambaNya. 

Saya percaya bahawa bersama kesusahan dalam mencapai hajat terkandung rahsia kesenangan yang Allah janjikan. 

Begitulah..SubhanAllah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Era Adlina A. Kadir


Bagi yang ingin mendapatkan buku ini hanya RM25 harga termasuk pos semenanjung
RM30 harga termasuk pos sabah sarawak

 

Tuesday, 15 September 2015

ALLAH TEMPAT MEMINTA


Percayalah...Rezeki Allah ini luas. Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Yang penting minta dengan Allah. Mohon ditunjukkan jalannya. Buat apa yang Allah suka.

Banyak pengajaran yang saya dapat lepas baca buku ALLAH TEMPAT MEMINTA dan MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI . Dengan gaya bahasa yang sangat mudah difahami disamping himpunan kisah-kisah benar yang berlaku pada sahabat-sahabat sekeliling kita, buku ni mampu jadi pendorong kita untuk jadi insan yang lebih baik.

Bagi yang berminat nak miliki buku ALLAH TEMPAT MEMINTA dan MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI,


boleh terus PM saya ye

Norul Badri Daud
Email: norulbadridaud@gmail.com
sms/whatsapp : 019-3615776

www.norulbadridaud.blogspot.my




Rezeki Wanita Mengandung

Baca perkongsian menarik dari penulis buku Aku Dia & Rezeki.

Rezeki wanita mengandung.
.
.

Usai beratur dan membeli tiket. Saya terus masuk ke bahagian platform menunggu, di Stesen Shah Alam.
Kelihatan sebuah kerusi kosong disebelah seorang wanita. Sebelum duduk saya senyum ke arahnya. Dan wanita itu membalas senyum.
Kelihatan dia sedang mengandung. Dan dalam masa yang sama menjaga dua orang anak yang masih kecil.
Datang 2 orang remaja lelaki. Sambil menyerahkan tiket kepadanya. "Terima kasih ya dik ... Allahu Akbar." wanita itu mengucapkan penghargaan kepada dua remaja itu.
Dan dua remaja itu terus berlalu.
Tidak sampai 5 minit. Tren komuter tiba. Kami naik bersama-sama menuju ke arah Pelabuhan Klang.
Di atas tren. Saya sempat bergurau dengan anaknya yang masih kecil.
Sekali lagi kami duduk bersebelahan. "Puan nak kemana?"
"Teluk Gadong." jawabnya ringkas.
"Oh, saya pun nak turun di stesen tu." saya membalas tanpa diminta.
Selepas itu kami langsung tidak berbual. Hanya sesekali saya mengusik dengan memegang tangan anaknya yang kecil, kelihatan tak boleh duduk diam.
Setibanya di Stesen Telok Gadong. Kami turun bersama penumpang lain.
Sebaik tiba di pintu pemeriksaan tiket. Seorang lelaki tiba dan menyerahkan beg beroda kepada wanita itu.
"Terima kasih ya encik." ucap wanita itu.
Sekali lagi saya terkeliru. Saya sangkakan lelaki yang mendekati wanita itu sambil berbual adalah suaminya atau adik-beradiknya.
Wanita itu tunggu di dalam stesen bersama anak-anaknya. Dan lelaki itu terus naik tangga bersama saya.
Sewaktu menaiki tangga. Saya sekadar bertanya kepada lelaki itu. "Saya ingat wanita itu isteri tuan."
"Oh tak, saya kasihan tengok dia terseret-seret beg tu, bawa anak pula." lelaki budiman itu menjawab jujur.
"Oooo ..." itu sahaja yang saya mampu jawab, sambil memandang ke bawah, memerhati wanita itu yang sedang menunggu seseorang.
.
.
.




Buku Aku Dia & Rezeki
Ada 178 kisah menarik di dalamnya
RM25 + RM7 postage semenanjung